Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Lubok Antu

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 13 April 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan program Hari Bersama Komuniti. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini juga telah dihadiri seramai 86 orang komuniti sekitar Lubok Antu. Selain itu, program ini juga bersamaan dengan Hari Penutupan Program Smart Ict. Program Smart Ict ini adalah bagi mendedahkan para komuniti sekitar Lubok Antu dan Engkilili dengan kemahiran Ict.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena program Hari Bersama Komuniti. Antaranya adalah seperti ‘typing contest’ bagi kategori 7-11 tahun dan kategori 30-50 tahun. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mengalakkan para peserta mengeksplorasi kegunaan Microsoft Word dan bagi mengukur tahap kemampuan setiap peserta dalam menaip. Di samping itu, bengkel kecantikan dan pertandingan booth usahawan juga telah diadakan sempena program ini. Program ini adalah bagi melahirkan lebih banyak lagi usahawan dalam kalangan suri rumah dan bagi menyokong usahawan tempatan yang sedia ada. Tambahan pula, ceramah advokasi telah diberikan kepada para peserta bagi memberikan kesedaraan tentang tugas, tanggungjawab dan bahaya dalam penggunaan internet. Pihak PI Engkilili dan PI Spoah juga turut membantu untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali